Friday, October 23, 2009

HANTU RAYA

Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Matlamat

Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya

Kelebihan

  • Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah.
  • Ia boleh menjelma sebagai manusia.
  • Ia boleh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.

Kelemahan

  • Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.
  • Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.
  • Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.
  • Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.

Penelitian secara ilmiah

Bagaimana tuan punya menurunkan kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.

Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.

Kelemahan hantu raya

Dari segi agama Islam, gunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.

Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.

Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.

Friday, August 28, 2009

IDENTITI HANTU

  • JEMBALANG TANAH
  • HARIMAU JADIAN
  • HANTU KOPEK
  • HANTU BIDAI
  • PENANGGALAN
  • HANTU PUAKA
  • ORANG MINYAK
  • HANTU KUM-KUM
  • HANTU KERAMAT
  • JIN TANAH
  • HANTU GALAH
  • JERANGKUNG
  • PARI-PARI
  • HANTU KUBUR
  • HANTU JEPUN
  • BUNIAN
  • BAJANG
  • BOTA
  • HANTU LANGSUIR
  • HANTU BUNGKUS
  • HANTU AIR
  • PELESIT
  • TOYOL
  • POLONG
  • HANTU RAYA
  • PONTIANAK
  • JEMBALANG TANAH

    Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.

    Matlamat

    Jembalang tanah dikatakan akan mengganas sekiranya kawasan mereka diterokai, oleh itu setiap kali sebidang tanah baru dibuka, persembahan makanan yang dikenali sebagai acak akan diletakkan dikawasan tersebut bagi mengelakkan jembalang tanah mengamuk dan mendatangkan kemudaratan kepada peneroka tersebut.

    Status

    Jembalang tanah adalah sejenis makhluk halus yang hidup bebas dan tidak dipelihara oleh manusia. Tetapi jembalang tanah boleh dipelihara apabila sejenis mentera dibacakan dan dihidangkan makanan. Ritual ini biasanya dilakukan di kawasan hutan atau busut yang terbiar.

    Penelitian secara ilmiah

    Penerokaan tanah hutan pada masa dahulu adalah satu tugas yang berat, di mana peneroka terpaksa tinggal selama berbulan-bulan bagi menebang dan membersihkan kawasan hutan. Pada ketika itu, mereka terdedah kepada serangah haiwan buas, bahaya ditimpa pokok, penyakit, dan bahaya-bahaya lain. Dengan mempersembah acak kepada jembalang tanah, mereka merasakan mereka berhak meneroka kawasan tersebut dan akan dijauhi daripada bahawa-bahawa diatas. Malah mungkin mereka mnerasakan jembalang tanah pula akan melindungi keselamatan mereka sebagai balasan acak tersebut. Dengan itu mereka lebih yakin untuk meneruskan pembukaan tanah baru tersebut.

    HARIMAU JADIAN

    Harimau jadian dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.

    Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.

    Matlamat

    Harimau jadian biasanya dituntut bagi tujuan mempertahankan diri. Harimau jadian juga boleh disalah gunakan bagi membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Bagi penuntut ilmu ini, merekaperlu membuang ilmu mereka atau mewariskannya kepada keturunan mereka sebelum mati. Sekiranya mereka mewariskan kepada keturunan mereka ia tergolong kedalam saka. Di Indonesia masih ada penganut Ilmu harimau yang dapat membenarkan dirinya berubah jadi harimau dan pemilik nya juga rata-rata mempunyai pendamping harimau.

    Kelebihan

    • Harimau jadian biasanya membenarkan penuntutnya bertukar menjadi harimau dengan memiliki kekuatan luar biasa.
    • Ia boleh menjelma sebagai separuh harimau atau harimau sebenar.
    • Ia mampu (tidak semestinya) membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.
    • Memiliki tindak balas yang sangat tinggi
    • Memiliki silat Harimau yang tak perlu dipelajari, dengan sendirinya keluar jika diperlukan.

    Kelemahan

    • Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.
    • Penuntutnya sukar untuk mati sekiranya ilmu itu tidak dibuang sebelum meninggal.

    Penelitian secara ilmiah

    Kemungkinannya ia digunakan bagi menakut-nakutkan orang lain daripada menganggu tanaman atau keselamatan orang yang mendakwa memiliki ilmu sedemikian. Selain itu perlu diingat bahawa sekitar 1930-an harimau masih banyak terdapat di Malaysia dan masih ada harimau yang berkeliaran dalam kampung pada waktu malam semasa itu, terutamanya di Terengganu, dan Kedah. Keadaan sedemikian mungkin mendorong timbulnya tuduhan harimau itu dipelihara seseorang dalam kampung tersebut.

    HANTU KOPEK

    Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.

    Pengelasan

    Hantu kopek boleh dikelaskan dalam kumpulan makhluk halus yang tidak dipelihara / liar.


    Jin dan jelmaan syaitan yang berubah mengikut keadaan namanya...

    Matlamat

    Hantu kopek dikatakan berkeliaran dikawasan perkampungan dan akan menyorok kanak-kanak yang merayau-rayau pada waktu senja. Mereka yang disorok oleh hantu kopek, biasanya mampu melihat mereka yang mencari tetapi tidak mampu berkomunikasi dengan pencari.

    Hantu kopek ini dipercayai digunakan bagi menakut-nakutkan kanak-kanak agar tidak berkeliaran di waktu senja. Ini disebabkan pada masa dahulu, keadaan gelap senja amat merbahaya kerana haiwan buas mungkin memasuki kawasan perkampungan atau kanak-kanak yang berkaki ayam mungkin akan terpijak onak, duri, paku atau kaca dalam kegelapan malam. Selain itu terdapat juga ancaman binatang buas seperti harimau yang mungkin memasuki kampung dipinggir hutan. Dengan itu hantu kopek dicipta bagi menyelamatkan mereka daripada ancaman tersebut.

    HANTU BIDAI

    Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.

    Pengkelasan

    Hantu kopek boleh dikelaskan dalam kumpulan makhluk halus yang tidak dipelihara / liar.

    Matlamat

    Hantu bidai dikatakan berkeliaran dikawasan berair dan akan akan menggulung dan melemaskan mangsa. Ini kemungkinan bagi menjauhi kanak-kanak daripada pergi berenang tanpa pengawasan orang tua, kerana ditakuti akan lemas sekiranya mengalami kesukaran seperti kekejangan.


    Penelitian secara ilmiah

    Hantu kopek ini dipercayai digunakan bagi menakut-nakutkan kanak-kanak agar tidak pergi berenang secara bersendirian. Ini disebabkan mandi tanpa pengawasan orang tua amat merbahaya kerana kanak-kanak tersebut mungkin akan berhadapan dengan bahaya lemas atau terpijak onak, duri, paku atau kaca dalam air. Dengan itu hantu kopek dicipta bagi menyelamatkan mereka daripada ancaman tersebut.

    PENANGGALAN

    Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cukabagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

    Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

    Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

    Matlamat

    Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.

    Status

    Hantu penanggalan adalah seseorang yang menuntut ilmu hitam. Dengan itu ilmu tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan. Ia juga gemar menghisap darah manusia yang akan atau mahu bersalin.

    Manananggal di Filipina

    Hantu Penanggal dikenali Manananggal atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat. Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi barat Capiz, Iloilo dan Antique.

    Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam.[1]. Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka, rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti[2]. Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.